Sunday, December 18, 2011

Pengeksploitasian terhadap wanita

"Sebaik-baik perhiasan di  dunia adalah wanita yang solehah"

 Wanita solehah adalah perhiasan dunia yang amat berharga. Wanita yang solehah amat cantik peribadinya. Wanita yang solehah amat menjaga maruah diri dan keluarganya. Wanita solehah sering menjadi idaman para pemuda yang soleh.

"Sebaik-baik perhiasan dunia kapitalisme adalah seorang wanita"
Wanita di zaman kapitalisme ini sering menjadi 'perhiasan' bagi syarikat-syarikat pengiklanan, syarikat-syarikat motor dan kereta, syarikat-syarikat pernerbangan, rancangan televisyen dan sebagainya. Wanita-wanita ini sering menjadi 'boneka' kepada syarikat-syarikat yang ingin mengaut keuntungan yang lebih besar.

Pramugari Air Asia?

Sebut sahaja tentang Air Asia, pasti kita terbayang warna temanya iaitu merah dan putih. Tak ketinggalan juga pramugari-pramugarinya yang cantik dan seksi dengan memakai pakaian yang tak cukup kain dan ketat. Kita biasa melihat iklan-iklan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan tambang murah negara ini. Syarikat ini sering 'menjual' para pramugarinya untuk menjadi 'perhiasan' perngiklanan mereka.

Apa tujuan mereka meletakkan para wanita ini sebagai model iklan mereka? Untuk menarik perhatian pelanggan supaya menaiki kapal terbang mereka? Mungkin YA!
Kebanyakan wanita ini rela diri mereka dieksploitasi oleh pihak yang tak bertanggungjawab.
Bukan cuma syarikat penerbangan saja yang 'menjual' wanita sebagai 'perhiasan' pengiklanan mereka. Banyak lagi yang menggunakan khidmat wanita untuk menarik perhatian pelanggan. Syarikat-syarikat kereta dan motor juga tidak ketinggalan. Setiap syarikat yang mengeluarkan motor atau kereta ini pasti akan 'menjual' seorang model wanita untuk mengiringi sesebuah kereta atau motor yang baru mereka keluarkan.

Cuba ambil model lelaki pulak. Amacam? Okay tak? Haha...


Rancangan-rancangan yang disiarkan di televisyen juga selalu sahaja 'menjual' para wanita sebagai 'title' pelakon untuk berlakon dalam sesebuah cerita. #pelik jugak cerita yang tak ada pelakon perempuan....

Tapi yang peliknya, setiap hari ada saja perempuan yang mengatakan bahawa 'wanita ini dizalimi dan ditindas oleh pihak yang tak bertanggungjawab'. Pelikkan? Pelik sebab sebenarnya mereka sendiri merelakan diri mereka untuk dieksploitasi dan dipertontonkan dihadapan umum. Mereka tak sedarke semua ni? Atau sengaja buat-buat tak sedar untuk mengejar kejayaan duniawi? Pelik!

11 comments:

  1. betul, sokong sangat.. kadang2 kita tak sedar yang kita sendiri yang buat diri kita di pergunakan :)

    ReplyDelete
  2. Malangnya wanita zaman ni... :(

    ReplyDelete
  3. kalau pic bawah tu kompom xda orang nak beli kete tu..hihihi

    @_@

    ReplyDelete
  4. @Anonymous wanita sekarang hanya dimanfaatkan untuk kepentingan sesebuah syarikat atau individu. :(

    ReplyDelete
  5. Wow! lelaki tu... haha... Tak pernah lagi tengok lelaki yg jd model sesebuah syarikat.. Perempuan je yg diorang jual.. Ish3.. Perempuan yg mcm tu tak sedar diri dan tak tau malu.. Kesian tgk...

    ReplyDelete
  6. @shidah2020 nak buat macam mana... perempuan memang macam tu... tak semua...

    ReplyDelete
  7. nak sedar apanya bila mereka rasa bangga mendapat perhatian org yg melihat mereka.. malah perasan diri cun dan popular pula..

    ReplyDelete
  8. @Solihin Zubir hm... kenapalah nak bangga dengan benda macam tu... pelik betul dengan perempuan macam ni...

    ReplyDelete
  9. nauzubillah...minta dijauhkan. benar pndapat awak. saya pun hairan dgn alasan 'ingin bebas' yg dgunakan oleh sgelintir wanita2 ini. dlm 'kebebasan' itu x sedarkah mereka sbenarnya sedang dieksploitasi???

    ReplyDelete