Tuesday, December 13, 2011

Untuk permulaan . . .

Dunia blog bukanlah sesuatu yang baru untuk saya. Sebenarnya saya dah lama ber'blogging'. Banyak blog yang saya dah buat tapi semuanya dah di'delete' atas sebab-sebab tertentu. Sebab kemalasan nak mengupdate blog. Dan mungkin juga sebab tak ada idea nak menulis.

Blog ini saya wujudkan untuk melatih skill penulisan saya. Walaupun saya minat menulis, tapi idea untuk menulis tu agak kurang. Walaupun bercita-cita nak jadi penulis, ciri-ciri seorang penulis masih belum ada lagi di dalam diri. Walaupun umi dan abah seorang penulis, ilmu penulisan tu masih belum saya warisi.

Masih banyak yang perlu saya pelajari untuk menjadi seorang penulis. Tatabahasa pun masih lagi banyak yang tak betul. Untuk permulaan, saya hanya mahu menulis ulasan tentang berita-berita atau rencana-rencana saja. Belum boleh lagi untuk menulis satu artikel. Ilmu didada masih belum cukup.


8 comments: